Translate

Thursday 27 November 2014

Teknik Membaca [Video]

Mohammad Noer banyak berkongsi mengenai teknik-teknik membaca di laman youtube bagi meningkatkan kemahiran membaca.Disini dikongsi bersama sebuah video mengenai Cara-cara meningkatkan pemahaman dalam bacaan.
Diharapkan anda mendapat iput-iput yang berguna.Selamat Menonton!!


Teknik Membaca Berfikir Bersuara








PENGENALAN


Menurut seorang pakar membaca, Katherine Maria (1990), kefahaman membaca didefinisikan sebagai satu proses yang holistik atau menyeluruh yang melahirkan makna dari teks bertulis menerusi gabungan faktor-faktor seperti pengetahuan sedia ada pembaca, penafsiran pemahaman pembaca terhadap apa yang dibaca dan situasi ketika membaca teks.Para pendidik dapat meningkatkan kefahaman murid dengan pelbagai teknik pengajaran yang berkesan. Teknik-teknik mengajar kefahaman membaca ini berfungsi untuk membimbing murid ke arah pemahaman teks yang dibaca. Lazimnya terdapat 3 peringkat dalam proses mengajar kefahaman membaca iaitu peringkat pramembaca, sewaktu membaca dan pasca membaca.


Menurut Beyer (1985), pemikiran kritikal adalah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai kebolehan individu untuk melakukan perkara-perkara berikut: mengenalpasti isu-isu utama dan membuat andaian untuk dibahaskan, mengenalpasti hubungan penting berkaitan isu-isu yang dibincangkan, membuat inferensi dan rumusan yang tepat daripada maklumat dan data yang ada, dan seterusnya menginterpretasi kesimpulan serta menilai bukti. Manakala Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir kritis sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.


Secara umumnya, teknik mengajar kefahaman membaca dan berfikir secara kritikal adalahmerupakanasas yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam menjalankan pembelajaran dan pengajaran (P&P)didalam kelas. Melalui teknik ini seseorang guru akan memilih beberapa kaedah untuk proses pengajaran antaranya pengajaran eksplisit, terap imej, dialog dan juga berfikir bersuara. Teknik yang digunakan juga haruslah bersesuaian dengan bahan yang dibincangkan.



i) Maksud


Pengajaran eksplisit


Pengajaran eksplisit juga dikenali sebagai strategi pemusatan guru.Pengajaran eksplisit melibatkan persembahan bahan pengajaran lebih ringkas.Maksud yang terkandung di dalam sesebuah pembelajaran adalah jelas, padat, terang, tegas dan positif.Strategi pengajaran ini sangat berkesan apabila matlamat guru adalah untuk memberikan atau menyampaikan maklumat, mengajarkan prosedur (SOP), dan membina kemahiran langkah demi langkah. Pengajaran eksplisita dalah salah satu daripada kaedah pengajaran secara terus terang.


Berfikir bersuara


Kemahiran berfikir bersuara merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pengajaran (P&P). Kemahiran berfikir bersuara didefinisikan sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang kemudian diluahkan melalui percakapan dan pertuturan.


Terap imej


Penerapan imej adalah satu kaedah yang digunakan untuk menggambarkan dan memudahkan corak pemikiran. Antara contoh imej ialah dalam bentuk grafik seperti peta minda, graf, carta alir, jadual, dan sebagainya lagi. Imej juga dapat menggambarkan perhubungan, perkaitan fakta, idea utama dan sebagainya lagi bagi memudahkan pemahaman dan pengurusan pemikiran.


Dialog


Dialog merupakan satu teknik percakapan atau pertuturan antara individu dengan individu lain iaitu melibatkan dua pihak. Melalui teknik ini juga maka terhasilnya interaksi yang merangkumi pandangan, pendapat, buah fikiran dan sebagainya lagi.



ii) Mengapakah ia dilaksanakan dalam sesuatu P&P bacaan


Bilik darjah adalah merupakan tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dalam interaksi antara guru dan murid-murid. Melalui pendidikan zaman ini, sekolah cemerlang lahir daripada bilik darjah yang dinamik. Oleh itu sebuah bilik darjah yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik darjah yang bertenaga dan mampu menggerakkan organisasinya untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara formal dengan penuh minat, memberangsangkan, aktif dan mencapai objektif. Interaksi pula merupakan satu proses yang saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Oleh itu terdapat empat jenis teknik yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah iaitu teknik pengajaran eksplisit, berfikir bersuara, terap imej dan teknik dialog.


i Teknik pengajaran eksplisit


Pengajaran ekplisit adalah salah satu daripada kaedah pengajaran secara langsung. Melalui persembahan bahan pengajaran yang ringkas pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu bahan pengajaran yang diberikan.Tujuan utamapengajaran eksplisit dilaksanakan kerana mampu merangsang minda pelajar untuk lebih cepat berfikir.Hal ini demikian kerana guru hanyalah menceritakan idea-idea utama atau kata kunci dalam sesuatu bahan pengajaran.Oleh itu, sebagai pelajar mereka dapat meningkatkan kemahiran belajar melalui pencarian bahan dan menimba ilmu menerusi bacaan yang lebih meluas. Hal ini secara tidak langsung pelajar dapat mengukuhkan aktiviti keilmuan menerusi pembacaan yang luas dengan merujuk pelbagai sumber seperti majalah Dewan Bahasa, surat khabar, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat dan sebagainya lagi.


Seterusnya, teknik pengajaran ekplisit juga mampu malahirkan pelajar yang mempunyai semangat inkuiri yang tinggi. Mereka dapat membina kecekapan berfikir secara kritis dan analitis dalam memikirkan topik-topik yang dibincangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Sebagai contoh pemikiran kritis seperti proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna. Oleh itu, pelajar dapat mengaplikasikan teknik pemikiran kritis ini di dalam proses pengajaran supaya percambahan idea dapat berlaku seiring dengan topik yang dibincangkan oleh guru.


Selain itu, teknik pengajaran eksplisit juga membantu membentuk sikap suka membaca. Penguasaan dalam pembacaan akan melengkapkan kewujudan individu sebagai seorang pelajaryang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakatnya. Hal ini demikian kerana keupayaan membaca dapat digunakan bagi melibatkan diri dalam pengurusan hidup dan penghasilan sumber manusia yang berkualiti. Individu yang dapat mengusai pembacaan merupakan aset yang amat berharga bagi sesuatu masyarakat dalam melahirkan idea yang lebih bernas. Kemahiran membaca bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang fasih berbahasa tetapi juga mampu


ii Teknik berfikir bersuara








Teknik berfikir bersuara sangat penting dan memberikan kesan mendalam kepada proses pengajaran pembelajaran khususnya dalam dunia yang serba mencabar dan berteknologi tinggi dan kepelbagaian budaya. Guru seharusnya memahami iklim di dalam bilik darjah. Menurut Rajendran dalam bukunya HOTS menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai perbezaan atara satu sama lain, begitu juga dengan bilik darjah. Oleh yang demikian, pertimbangan tertentu haruslah dibuat sebelum proses berfikir dapat dilaksanakan. Teknik berfikir secara umumnya, memudahkan para guru menilai sejauhmana kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik atau pangajaran yang diajar. Kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran yang diajar oleh guru sangat penting bagi mengetahui sejauhmana tahap pemikiran mereka. Tahap pemikiran pelajar harus dinilai untuk mengetahui keupayaan mereka berfikir. Teknik ini juga dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Pemikiran seperti ini memudahkan murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Pelajar juga akan bertindak lebih aktif di dalam bilik darjah mereka diberi kebebasan berfikir dan seterusnya menyuarakan pandangan mereka terhadap isu atau topik yang dibincangkan. Mereka bebas untuk menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing dan dipantau oleh guru.




K-W-L-H : Teknik efektif untuk faham ajaran guru dan bacaan buku"


APAKAH KWLH?


Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis


Salah satu kemahiran yang penting di dalam pembelajaran ialah kemahiran membaca. Membaca sahaja tidak mencukupi bagi seseorang pelajar. Mereka sepatutnya boleh membaca dengan baik dan yang penting sekali, dapat memahami isi kandungan bahan bacaan mereka.


Ada pelbagai teknik dan pendekatan untuk membantu pelajar menggarap pemahaman yang tinggi semasa mereka membaca. Salah satu daripada teknik ini ialah teknik K-W-L-H.






Teknik K-W-L (Know-Want-Learned), diperkenalkan oleh Donna Ogle pada tahun 1986. Ia bertujuan untuk membantu pelajar memahami isi kandungan teks bacaan. Secara ringkasnya K-W-L bermaksud:


Abjad "K" mewakili "KNOW" atau "Apa yang pelajar sudah sedia tahu"


Abjad "W" mewakili "WHAT I WANT TO KNOW" atau "Apa yang pelajar ingin tahu"


Abjad "L" mewakili "LEARNED" atau "Apa yang pelajar sudah pelajari"


Abjad "H" mewakili " HOW" atau "(Bagaimana)"




Bagaimanakah kita boleh gunakan teknik K-W-L-H ini di kelas?


Berikut adalah cadangan perlaksanaan:



Langkah 1: KNOW


1. Guru memulakan sesi pengajaran dengan sesi sumbang saran atau brainstormingtentang apa jua maklumat yang pelajar tahu mengenai topik perbincangan.


2. Contohnya, guru akan mengajar tentang subjek Sains di bawah "Menyiasat Alam Kehidupan". Topik pada hari itu pula ialah "Kelawar". Pelajar akan menulis seberapa banyak idea yang mungkin di atas lembaran kerja K-W-L. Bantulah pelajar menjana idea juga dengan memberi hint atau bayangan sepatutnya.


3. Pelajar juga boleh membuat kategori kecil untuk memudahkan mereka mengekstrak pengetahuan sedia ada tentang kelawar. Di bawah kategori kecil itu, pelajar akan senaraikan isi dan fakta mengenai kelawar.


4. Anggaplah langkah ini sebagai inventori pra-pembacaan. Maklumat awal ini akan bertindak sebagai perancah (scaffold) untuk menyokong maklumat baru yang akan pelajar diterima.



Contoh pengisian pada ruang KNOW:


1. Kelawar ialah sejenis haiwan mamalia


2. Kelawar terbang pada waktu malam


3. Kelawar makan pisang dan buah








Langkah 2 : WANT


1. Pelajar kemudiannya menyenaraikan apa sahaja yang mereka ingin tahu tentang kelawar. Jika pelajar menghadapi masalah, guru akan berikan sedikit hint atau bayangan.


2. Pelajar boleh menggunakan konsep soalan aras rendah. Soalan-soalan sebegini mengandungi "apa", "siapa", "bila" dan "di mana". Contohnya, "Di mana kelawar tinggal?", "Apakah makanan kelawar?" dan "Bila kelawar memburu?"


3. Minta pelajar untuk fikirkan juga soalan aras tinggi dan lebih kompleks. Contohnya, "Jika ia mempunyai mata yang kecil dan penglihatan yang kurang baik, bagaimanakah ia memburu dengan baik?"



Contoh pengisian pada ruang WANT


1.Apakah makanan kelawar?


2.Bilakah kelawar memburu?


3.Adakah kelawar hisap darah?


4.Bagaimanakah ia tidur?


5.Jika matanya kecil, bagaimana ia memburu dengan baik?













Langkah 3 : LEARNED


1. Seterusnya, pelajar menggunakan lembaran kerja untuk mengisi fakta yang sudah diperolehi selepas membaca teks atau selepas guru mengajar tentang topik itu.





Contoh pengisian pada ruang LEARNED



Ada 118 spesies kelawar di Malaysia


1.Malaysia ada 10% populasi kelawar dunia.


2.Kelawar ialah pemangsa haiwan perosak yang cekap.


3.Kelawar memburu dengan menggunakan kaedah pengesanan gema.





2. Pelajar juga akan kembali ke KNOW. Mereka diminta untuk melihat kembali fakta yang tidak betul dan memerlukan pembetulan. Contohnya, pada awal bacaan, pelajar meletakkan fakta , "Kelawar bertelur (kerana burung yang terbang juga bertelur)". Fakta itu dibetulkan kepada, "Kelawar ialah mamalia dan ia melahirkan anak."









Langkah 4: How much I want to know How (Bagaimana)


Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.


BAGAIMANAKAH CARANYA?



1. Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar. Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanagan ‘K’ ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk.


2. Guru meminta pelajar mengisi ruangan ‘W’ ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi.


3. Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan ‘L’ ( apa yang saya telah pelajari).


4. Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruangan ‘H’ ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.




Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam pengajaran?


Tujuannya ialah:


1. Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran


.

2. Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



3. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan.



4. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa).




Nota untuk guru:


1. Untuk membolehkan pelajar menambahkan fakta yang sedia ada, guru boleh meminta pelajar untuk membentuk kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi pula masa beberapa minit untuk melakukan sumbang saran dan berbincang untuk percambahan dan penjanaan idea. Guru pula memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif!


2. Jika guru merasakan bahawa pelajar tidak mempunyai pengetahuan latar belakang dan menghadapi masalah mengisi ruang KNOW, janganlah anda gusar. Apabila kita minta pelajar untuk mengisikan ruang KNOW, kita menggalakkan pelajar memikirkan tentang sesuatu yang mereka sudah tahu. Kita juga telah melakukan inventori dan akan dapat sekilas pandangan tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang mereka tidak tahu mengenai topik berkenaan. Aktiviti ini juga bertindak sebagai satu "cangkuk" untuk maklumat baru diperkenalkan.


3. Kadang-kadang, ada juga pelajar yang tidak tahu apa-apa atau apa yang mereka tahu adalah salah. Secara amnya, semua pelajar mempunyai sedikit maklumat latar belakang atau sedikit pengetahuan tentang sesuatu subjek itu. Sebagai guru, kita perlu tahu kandungan subjek dengan secukupnya sebelum memulakan P&P. Jadi secara semula jadinya, kita sudah bersedia tentang apa yang kita minta pelajar isikan dalam ruangKNOW.


4. Kadang-kadang juga, guru menghadapi masalah di mana pelajar mengisi pelbagai soalan pada ruang WANT. Ada pula pelajar yang akan mencadangkan semua jenis soalan untuk apa sahaja yang mereka ingin tahu. Pada tahap sekolah rendah, kita galakkan sahaja perasaan ingin tahu mereka. Ini adalah lebih baik daripada pelajar yang mungkin akan menulis, "Tiada apa-apa yang saya ingin ketahui!"


5. Saya cadangkan guru untuk menggunakan WANT untuk menulis apa yang mereka fikir mereka akan belajar (WANT = WILL LEARN). Ini akan menggalakkan pelajar mengamalkan kemahiran meramal. Kemahiran ini memang asas kepada pembacaan teks yang lebih efektif.